sweet owner ![]() Credits!
| Dah dapat kerja ! Hai guys. Assalamualaikum. Apa khabar semua ? Sihat ? Buat apa sekarang ? Ehemmm sebenarnya kedatangan aku kat sini *maaf kasar sangat guna 'aku'* nak bagitahu benda benda benda yang tak seberapa nak gembira tapi boleh la. Apa beritanya ? *drum*
AKU DAH DAPAT KERJA !!! *bunga api* pcuupcuuupcuuu ~ *dancing* Kerja kat mana ? Haaa aku boleh bet lepas ni aku takkan sentuh ayam punya. Dah kalau ada ayam tu maknanya kilang yang ada ayam lah kan ? Haa boleh tangkap tak ? Tak ?! Hmm apelah you guys ni. Aku kerja kat AYAMAS lahhh :v Aku temperory je kat sana *yeke ?* Hmm I mean sementara. Ganti akak tu beranak eh bersalin. Hmm sama je -.-
Well, macam mana aku boleh dapat kerja tu ? Syukur Alhamdulillah sebab ada jugak rezeki nak berdikari pegang duit sendiri. Terima kasih banyak kepada makcik aku sebab tolong carikan kerja kosong kat ayamas. Walaupun tempat dia agak kotor dan bau ayam dan basah dan hmmm, aku tetap kena kerja sebab aku dah nekad nak tolong mama and abah. Baik kan ? Hahaha *namo riak oceyy* Lepas tu aku nak belajar berdikari sebab dah 17 tahun duduk bawah tanggungan mak ayah. Walaupun sekarang masih bawah jagaan mereka, tapi aku nak jugak rasa pegang duit sendiri. Sampai bila nak guna duit mak ayah betul ?
Okay maklumlah aku ni bukan bijaksana sangat. Walau aku tak dapat banggakan mama abah menggunakan result sekolah, sekurangnya aku boleh banggakan mama abah dengan pekerjaan aku. Mana lah tahu rezeki aku besar nanti dapat beli rumah besar. Boleh letak anak-anak yatim dalam rumah tu and mama abah boleh duduk situ dengan aku *besar kan cita-cita aku ?* Sejujurnya memang aku ni paling keras kepala lah dengan mama abah. Like seriously aku tak takut pun kat abah walaupun abah selalu tengking aku sebab aku kuang ajo. Sebenarnya aku bukan kuang ajo tahap nak maki hamun mak ayah tapi aku kuang ajo jenis yang keluar berdating tak bagitahu mak ayah. Mana taknya, si ayah tak bagi anaknya bercinta. Yang si anak pulak dah menggatal kecik-kecik nak bercinta. Hahahaha konflik kat situ.
Bila ingat balik zaman keras kepala dulu memang kelakar. Tapi menyesal jugak sebab tak dengar cakap abah. Kalau aku dengar, mesti sampai sekarang aku tak bercinta dan sampai sekarang aku tak sakit hati dengan kata-kata manis lelaki buaya. *jangan marah eh lelaki lain. sesetengah je yang buaya* Maka disebabkan zaman keras kepala tu lah buat aku rasa nak tolong mama abah dan nak ringankan beban mereka. Konon nak balas budi lah kan. Bukan konon lah tapi memang. Aku dah senaraikan dah berapa ratus aku nak bagi mama abah memandangkan gaji kerani tu cukup untuk aku belanjakan separuh sahaja :)
Harapan aku lepas dah kerja nanti *tengah bulan ni* aku boleh la ringankan beban mama dan abah serta adik beradik aku yang lain. Aku dah berjanji yang aku nak tolong keluarga aku saat diorang memerlukan. Aku berdoa kepada Allah semoga rezeki aku murah, kerja aku mudah sebab aku tahu niat aku murni. In Sha Allah akan dibantu Allah swt :) Ustazah kata kalau nak buat sesuatu dan diredhai kenalah ikhlas dan niat yang baik. Tak sia-siakan jadi anak ustazah :b *dulu kelas tasawwur* hekhek
Eh okay lah. Kena berambus ni sebab ada benda lain pulak nak buat. Jumpa korang lagi nanti :)
Kbye
|